Tuesday, September 11, 2007

Al-Fatihah!

hari nie..saya menziarahi cultural trainer saya..KAK MAS..
adiknya baru sahaj kembali kerahmatullah pagi semalam.Terlibat dengan kemalangan di Federal Highway.Keadaannya parah dan meninggal i tempat kejadian.
Kak Mas seorang yang sangat tabah.Dalam tahun ini,ramai orang tersayang telah hilang sekelip mata di depannya.Beliau kuat untuk meneruskan kehidupan.Arwah telah meninggalkan 2 orang anak perempuan yang masih kecil dan seorang isteri.Kebetulan esok merupakan hari jadi arwah.
Saya , Syahz, Aisyah N Goh melawat Keluarga Kak Mas.Kehadiran kami untuk menguatkan semangat Kak Mas.Terus terang saya menangis selepas kenduri apabila Kak Mas menceritakan tentang kehidupannya yang telah ditinggalkan oleh orang tersayang.Ramai ahli keluarganya meninggal pada tahun ini.Inilah pertama kali saya melihat Kak Mas menangis di depan saya dan rakan-rakan.Jika sebelum ini , Kak Mas merupakan seorang yang Ceria , Happy Go Lucky,Tapi...Hanya Al-Fatihah yang saya dapat doakan untuk kesejahteraan Kak Mas dan sekeluarga.Semoga Kak Mas tabah dan Allah menempatkan adik Kak Mas di kalangan orang-orang beriman.

to.KAK MAS..
thanks sebab memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengetuai mereka.Saya akan lakukan yang terbaik n jadi yang terbaik.Dont Worry Sister.

Azz Azfar!

1 comment:

Kifli Bujang said...

oh accident kat Federal hway around midnite few days ago ker? Gosh!